BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

29.6.10

TRIP DILAMBUNG ANGIN TENGGARA

Jumaat 25hb
Musim angin tenggara skrg ni..kebiasaanya waktu
pg keadaan laut tenang jer.Bila masuk waktu tghr
jer,alun dan angin dah mula kuat.Kami telah
sepakat utk mencuba nasib mancing waktu pg
dan sebelum tghr dah pulang..tapi lain pulak jdnya.
Waktu pg tenggara dah hentam cukup..pening
kepala weh!!..

Walaupun pening dan waktu mancing yg singkat,
tp hasil nya ok jugak..kami mancing dlm 2 jam
sahaja sebelum dpt panggilan kena keje plak!!!



Oklah tu..hasil yg mables jugak.

20.6.10

TEPET SEKOR LAGI EBEK HASIL JIGGING..

5.5kG

17.6.10

LAYAN VIDEO SEKALI SEKALA.....

LINK VIDOE TRIP TERBARU.LAYAN..

15.6.10

MEMBOTTOMKAN DIRI DI LUBUK POWER

Trip kali ini lebih fokus kepada spesis cermin.
Berita serangan cermin terus sampai ke telinga
pok wel dan tanpa membuang masa satu serangan
perlu dilakukan dgn kadar segera.50 ekor udang
hidup sebagai peluru utama telah dibeli.
Jam 7.30pg kami terus bergerak ke lokasi serangan.

Mmg betul lah!! tak sampai 5 minit,Openg
mendapat serangan...

Ni dia Cermin...syok jugak layan ngan light action.
Ikan bayan ni pun kawan dpt pakai umpanudang hidup.

Macam2 ikan kami dapat,termasuklah spesis
yg berbisa ni..tp cantik ikan ni.
Satu serangan ganas yg membuat kepala lutut openg
menggeletar!!!..Rod melentur baik punya sampai
ceach air..layan punya layan...
Naikla sekor Ebek Rambai..2.5kg
Kawan yg dr tadi tak henti2 duk mengunjung besi..
akhir mendapat satu strike giler punya.
Gerong Pulau 5.5kg..puas hati kawan!!

Senyum puas jelas mengambarkan keseronokan kami
pd trip kali ini.Kul satu tghr kami bergerak pulang dgn
hasil yg cukup buat lauk 3 org..heheheh








13.6.10

CERMIN DIRI DULU...

Jumaat 11 jun 2010,aku bersama Mamat Rock
aka Raja Kumpau telah melakukan satu serangan
mengejut utk memburu satu spesis yg menjadi
kegemaran ramai kaki pancing iaitu ikan
cermin.Satu port telah dikenal pasti utk
menduga spesis ini iaitu di salah satu tukun konkrik
berhampiran dgn anchorage(kapal berlabuh).
Sampai sajer lokasi umpan terus bersambut...
Sekor Kerapu hampir 2kg berjaya didaratkan
oleh Mamat Rock.

Kelibat Cermin muncul selepas itu dan kami
silih berganti menaikkan spesis buruan tersebut.
Umpan hirisan sotong sgt efektif utk memburu
Cermin disamping penggunaan apollo juga dpt
menjinakkan ikan ini.

Disebabkan faktor arus mati,serang menjadi kurang
rancak dan hasilnya dpt la lam 14 ekor Cermin,
6 ekor kerapu.