BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

25.10.09

Cermin ohhh cermin.....

Lokasi:Tukun laut pacang
Umpan:Hirisan sotong/soft plastic
Teknik:light bottom/casting/apollo
Ahlul:aku & keptem

Panorama yg indah di tegah laut..air tenang cam dlm tasik.
Ikan cermin..sekali naik 2 ekor.satu pakai umpan sotong
dan satu lagi pakai soft plastic.

Keptem dgn cerminnye...soft plastic..

2 ekor lagi..

Try apollo pun menjadi..

Cermin lagi..

dan ini hasil keseluruhan..50 ekor cermin,2 ekor bebarat
dan beberapa ekor kesiri..

Sotong ni plak candat sekejap masa nk blk..dpt la 2-3 kg
tp panjang2 bangat sotong ni..

22.10.09

Tangkapan terbaru Ebek dari KMN team

Lokasi: Batu Ebek
Jarak:15 batu nautika dr pantai
Umpan:Udang hidup
Masa: 7pg - 12tghr

Tangakapan pertama,Kerapu Bunga 2kg

Ebek Skala 6kg pertama didaratkan

Ebek lagi..skala 4kg



Yang ni 8. 4kg


Hasil keseluruhan..6 ekor ebek,1 GT,4 ekor kerapu
dan 1 ekor bebarat.

Acara mkn2 plak...mmmm sedapnyee ebek bakar






20.10.09

Senangin

Lesen pertama senangin tahun ini.Semlm baru dpt nih..
Lokasi:Muara sungai kemaman
Berat:1.8kg
Umpan:Hirisan sotong segar
Teknik:Bottom
Specis lain:Jenahak & gelama

19.10.09

Jig hook

Jig hook yg biasa saya pakai..
Brand:Gosen(Powerpack)
Size:16
Kevlar:200lb
Packing:2pcs/pk
Price:RM8.50
yg paling aku minat pasal dia punya kevlar boleh
dilaras mengikut kesesuaian jig..samada nk pendek cam
kat bawah ni..atau

nk panjang..atau nk guna kedua2nya sekali.

Rod

Shimano Basterra EV
Light & powerfull,the basterra exhibits the characteristics
of what an ideal bass rod should be like.Cross carbon
tape on the rod increase strenght during the different
angles of flex.High line poundage capabilities and
ergonomic full-cork grip,double wrapped SIC guides
also come with a fuji reel seat.

1st aku beli rod ni pertengahan 2008.Dari segi kekuatan dan
sensitivity mmg best.lifting power juga amat menajubkan.
Dan satu lagi rod sgt ringan.Aku pakai rod utk casting dan
kadang buat bottom juga.

2nd aku beli rod ni ogos 2009 pasal yg 1st dulu patah.aku terpijak ler...
Model : S70H,10-20lbs





Dipadankan dgn ryobi exxia 4000/20lbs power pro..
Basterra in action..4.6kg tengas kejor,sungai trg mati.

8.10.09

Ikan Muara sungai Kemaman

Berpandukan pada gambar dibawah,dari muara sungai hinggalah
ke jambatan Jakar atau dari simpang 3 terus ke Jambatan Bukit
Kuang-disepanjang area tersebut terdapat byk spot2 menarik utk
memancing ikan muara antaranya Siakap,Senangin,Kurau,Sembilang dan
mcm2 lg.Teknik yg biasa digunakan utk menjerat spesis ikan muara ini
adalah casting,bottom dan trolling.
Teknik casting oleh tetuan Sang berjaya menjerat siakap 3.5kg
berhampiran pengkalan bot.

Teknik bottom oleh tetuan Gemuk 6.8kg di jeti
pendaratan ikan
Ni..budak maner ntah ambik 2 ekor sekali 4.5kg &
7.5kg ditangkap dgn teknik bottom di simpang 3 sungai Kemaman

Rekod Kurau oleh tetuan pokwel 7kg juga dgn teknik bottom di
simpang 3 sungai Kemaman
Ikan Senangin antara yg byk menopoli tangkapan ikan muara kali
ini dgn teknik bottom berumpankan hirisan cabuk/sotong segar.
Lokasi utk menjerat ikan senangin yg popular adalah di simpang 3,
muaran sungai dan di bawah jambatan.
Ikan Sembilang pun besar besar

Tak kira siang malam...


Info:Pancingan ikan muara byk bergantung pd pasang surut air.
Biasanya ikan lebih galak makan umpan 1 jam selepas atau sebelum air mati.
Jadi sentiasalah rujuk tide table sebelum turun memancing.
Jgn main hentam kromo.

6.10.09

New Penn Saltwater spinning


Rasa nk sambar jer satu...
Frame:one-peice alumunium
Gear ratio:Model TRQS5-B/G 5.9:1
Model TRQS7,9-B/G 5.1:1
Line Capacity:TRQS5 braid 20lbs/550yds
30lbs/400yds,50lbs/290yds
Weight:19.9oz
Origin:Made in USA
Drag:Versa-Drag
Bearing:7+1


4.10.09

Candat Sotong Mengabang

Kebiasaannya selepas musim angin Tenggara adalah
masa yg sesuai utk mencandat sotong mengabang.Sotong ini
byk terdapat di tuas/unjam2 dan juga kawasan berkarang.
Dibawah ini adalah antara candat yg popular di perairan
Kemaman dan merupakan candat kegemaran aku sendiri.
Brand:Bakau Red/white(ultromen..hehe)
Stainless steel double hook
Size 3.0
Brand:Yo Suri orange colour size 3.0
Teknik utk memancing sotong mengabang yg biasa dipraktikan
di Kemaman adalah seperti gambar diatas.Lakaraan secara
ringkas ini adalah amat berkesan dan mudah.Klik pd gambar
utk resolusi yg lebih jelas.
1.Candat udang
2.Perambut:20-30lbs mono
3.Swivel(yg kecil pun sudah memadai)
4.Tanduk
5.Ladung(ikut kelajuan arus)
5.Main line(pakai rod/reel:20lbs,koyan:40-50lbs)
Teknik: Candat hendaklah diangkat 2-3 meter dari dasar(biarkan seketika) dan sekali sekala
ditarik naik kepermukaan secara perlahan2.

Size sotong pun boleh tahan jugak besarnye

Cukup buat laut utk seminggu..goreng tepung sedap ni.