BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

4.10.09

Candat Sotong Mengabang

Kebiasaannya selepas musim angin Tenggara adalah
masa yg sesuai utk mencandat sotong mengabang.Sotong ini
byk terdapat di tuas/unjam2 dan juga kawasan berkarang.
Dibawah ini adalah antara candat yg popular di perairan
Kemaman dan merupakan candat kegemaran aku sendiri.
Brand:Bakau Red/white(ultromen..hehe)
Stainless steel double hook
Size 3.0
Brand:Yo Suri orange colour size 3.0
Teknik utk memancing sotong mengabang yg biasa dipraktikan
di Kemaman adalah seperti gambar diatas.Lakaraan secara
ringkas ini adalah amat berkesan dan mudah.Klik pd gambar
utk resolusi yg lebih jelas.
1.Candat udang
2.Perambut:20-30lbs mono
3.Swivel(yg kecil pun sudah memadai)
4.Tanduk
5.Ladung(ikut kelajuan arus)
5.Main line(pakai rod/reel:20lbs,koyan:40-50lbs)
Teknik: Candat hendaklah diangkat 2-3 meter dari dasar(biarkan seketika) dan sekali sekala
ditarik naik kepermukaan secara perlahan2.

Size sotong pun boleh tahan jugak besarnye

Cukup buat laut utk seminggu..goreng tepung sedap ni.

0 Komen gok spuloh sen...: