BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

24.4.10

Siakap

Jeti Aziz Tokey Kuala Kemaman ni mmg
tidak asing lagi.Byk ikan2 mega didaratkan disini
antaranye siakap 8kg ini yg berjaya dipancing
oleh tuan jeti sendiri pd 23/4/2010 dgn
berumpankan anak tamban sisik.
Ini merupakan rekod jeti pada tahun ini.
Tahniah la tuan jeti...huhuhu

Lokasi jeti ini sgt strategik kerana byk
bot2 nelayan yg singgah utk memungah hasil
tangkapan.Lebihan anak2 ikan biasanya dibuang
kedlm sungai dan ini telah mengundang byk spesis2
mega berkeliaran mencari mkn disekitar
tiang2 jeti.
Show all

23.4.10

Cobia


Haruan Tasik @ Cobia mmg susah skit nk daratkan
dia ni.Abih keliling bot ikan ini tawaf pastu plak
semua tali pacing habih terbelit.Nak gancu pun bukannye
senang.ikan ni pandai main pusing2 badan nye.

Larian ke permukaan air dan pusing keliling bot
mmg menjadi tabiat ikan ni apabila terkena mata pancing.
Sebab tu Pok Wel mmg hangin sgt kalu pancingnye
terkena haruan tasik..huhuhu..letih!!


Aperpun,skala 5kg ni selamat di C n R..

18.4.10

Bangun!! Bangun!!..klaut weh.....

Ni nak mancing ke nak tidur ni!!!! Sampai
ternganga mulut tu.Ngantuk sgt la tu..
Takper arr biar aku jer duk layan mancing sorang2.
Dari mlm sampai pg..hampeh.Ngan aku sekali tumpang
sekaki.landing baik punya...sedar tak sedar hari
dah cerah.Terus gerak ke lokasi jigging.

Mata ngah mamai lg,terus dpt satu strike..

Ni ha..ikan Selar mega duk hentam jig yozuri blanka.
Aku dpt satu strike baik punya..layan punya layan..
ni dia ebek 7kg.Besar giler ikan ni..


11.4.10

Pemburuan Hulkhogan 2


Kul 730pg dah terpacat kat tgh laut..keindahan
mentari pg seolah2 memberi satu keyakinan dan
semangat baru bg kami dlm pemburuan hulkhogan ini.
Tanpa membuang masa,umpan ketam dihulurkan.
Menunggu ragutan dr hulkhogan ni cukup mencabar
naluri dan minda seorang pemburu spt kami..
lebih2 lagi waktu arus mati.Jgn katakan hulkhogan!!..
3x H,john sena,undertackle pun tak sudi menjamah
umpan kalau waktu air mati..jadi pemburuan
menjadi semakin sukar dan sementara menunggu arus..
kami try jigging..

Pertukaran teknik pemburuan tenyata membuahkan
hasil..tak sampai 5 minit,rod pokwel ditarik rakus..
Yeah!! itu dia..Ebek 3.5kg hasil pertama jigging .

Jig CT 56gram ni tak pernah miss..
Gerong pulau 1.5kg ini dihentam rakus.Walaupun
tak besar tp lariannya cukup mengancam..

Aktiviti jigging diteruskan lagi sambil umpan ketam
dihulurkan.Teknik 2 in1 ini berjaya akhirnya memujuk
hulkhogan ni..skala 2.0kg lansung tak memberi tentangan dgn
set baru pokwel tu..
Caya ah pokwel..Saltiga z30 buat bottom bayan.

4.4.10

Pemburuan Hulkhogan & Monster

Tiba jer musim mancing hulkhogan(parrotfish)..
aka Bayan..byk tul gelaran ikan ni..akupun aper
lg..Seranggggggggg!!Ikan ni mmg pelik skit kalu nk
mancing.Perambut mesti kena pakai yg
kasar skit.Aku biasa pakai 80lb ke atas.Matakail
dr size 3/0 hingga 4/0 dan dr jenis yg 3x keatas..
samada gamakatsu,daici,vmc dll..Umpan plak..
Aku pakai ketam nipah.sekor ketam potong 4
bahagian.
Penggunaan tanduk dan perambut sepanjang
2 meter adalah teknik yg baisa digunakan
di sini.Umpan biasa dilepas ke dasar dan diangkat
1-2 meter supaya tidak tersangkut karang.Setting drag
hendaklah sekuat yg mungkin tanpa melebihi
kekuatan rod/reel atau tali itu sendiri.

Ragutan Bayan boleh dilihat sebenarnye kalau
kita betul2 fokus pada hujung rod.Slow jer hujung rod
bergerak turun naik ...apabila tersangkut matail ,
barulah kehebatan Bayan ni akan teruji.Asakan
dr larian bayan ni akan menentukan sapa menang
dan sape kalah.Terus jer bertahan semasa strike
bg mengelakkan tali terkena karang..pastu baru
karau naik...
Dapatlah jugak 4 ekor semlm..itu pun byk yg rabut/putus.
tak tau besar maner hulkhogan tu.Paling besar
dlm 2 kg jer dpt.


Hah!! ni plak monster aku dpt.Dia baham umpan ketam.
Aku ingat kan bayan Mega..Rupanya Monster
aper ntah!!Duk bergasak ngan monster ni
sampai sakit pinggang aku.
Dgn rupanya..dgn badannya yg berduri..ish!!
layan gambar jer arr..









Santai2 Pelabuhan Kemaman...

Trip asal nk pergi jigging..pg tu alun kuat sgt,so..
lepak dulu kat pelabuhan sementara tgu
angin reda.
1)Bro Fitri dgn Kerapu pertama..ikan ni tak lepas peluang
bila tgk kilauan yozuri blanka..

2)Mamat ni paling hanyir sekali..suka sgt dia main bottom.
dpt pari ni kat dia ha..

3)Pastu dapat plak parrotfish..skala 2kg.

4) Aku ..cam biasa arr..
Tenggiri pertama dgn jig..kehkeh
Perairan Kemaman ni susah skit
tenggiri nk hentam jig.Tp kalu betul2 fokus..
rasanya berbaloi jugak...

Merah Celoreng

Agak lama juga tak update blog ni,bz arr..
Walaupun begitu mancing tetap mancing.hehe
Merah Celoreng..ikan ni memang susah tul nk dpt
skrg nih..bertahun2 dah kempuanan nk mkn ikan ni.
Akhirnya dpt juga aku merasai keenakan
Merah Celoreng..fuh!! sedappp bangat si!!
Ikan ni aku mancing kat unjam.Pakai appolo.
Umpan hirisan sotong..